BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Türkiye, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdoğan, kerajaan serta rakyat Republik Türkiye bersempena dengan Hari Republik Türkiye yang Ke-102 tahun.